BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 10, 2009

PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU

Aku tidak dapat menghadiri malam akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu hari Jumaat yang lepas kerana terpaksa menghadiri Kem Pengurusan,Teknikal dan Keurusetiaan Penganjuran Kejohanan Debat di Kalumpang. Sedih jugak sebab tak dapat nak tengok secara live hatta melalui televisyen pun tak dapat jugak.Huhu.Tapi berdasarkan berita yang disampaikan oleh seorang rakan, saudara Mohd Syamsul Salleh (UPM) telah memenangi kategori Nusantara. Tahniah buat beliau.Saya rasa rezeki saudara Syamsul memang murah.Berturut-turut kejayaan dicipta.Sudahlah johan Pertandingan Debat Diraja 08, dilantik pula menjadi YDP MPP UPM,menang pula Johan Kategori Nusantara untuk pidato antarabangsa kali ini.Memang saudara Syamsul kena buat sujud syukur nih.Apa pun, tahniah sekali lagi kerana menjulang nama Malaysia.Bila pula agaknya wakil dari USIM akan mewakili Malaysia untuk pidato antarabangsa ni?

0 comments: