BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 10, 2009

BENGKEL PENGURUSAN,TEKNIKAL DAN KEURUSETIAAN PENGANJURAN KEJOHANAN DEBAT

Tahniah buat pelapis-pelapis baru yang menyertai bengkel di Kalumpang yang lepas. Anda semua memang cepat belajar.Kami di barisan exco sangat kagum dengan anda semua kerana cepat belajar walaupun ada di kalangan anda yang tidak pernah terlibat dalam penganjuran debat.Tetapi sepanjang bengkel berlangsung, anda membuktikan bahawa anda adalah pelapis yang boleh diharapkan.Apatah lagi semasa simulasi penganjuran dijalankan, boleh dikatakan perfect.Aku bagi 95% buat anda semua.

Sebagai urusetia merangkap sebagai peserta juga, aku berasa bosan semasa sesi ice-breaking.Mungkin kerana modul yang digunakan dalam sesi itu sama sahaja seperti tahun lepas.Namun aktiviti explorace yang diadakan pada malam itu, memang telah mengubah mood aku kembali ceria.Apatah lagi semasa aktiviti merentas sungai tengah-tengah malam.Fuh, memang mencabar.Sejuk maa...air pula memang deras.Cuak jugak aku masa tu.Sebelum tu, kami semua kena makan telur mentah di check point terakhir.EEE... memang geli...tapi aku and the gang telah menggunakan taktik kotor.hahaha.Kami semua tidak makan telur tu, hanya pura- pura makan dan buat- buat nak termuntah.Padahal telur tu kami buang.Hahaa.Tak gamak aku nak telan telur mentah, kalau direbus separuh masak tak pela jugak.Sedap la sikit. Tapi ada jugak peserta yang sangat "jujur", makan telur mentah tu.Huhu.Caya la sama lu...

Harapnya pelapis-pelapis baru ni, dapar bekerjasama dengan baik dan kekalkan momentun anda semasa di bengkel hinggalah berakhir debat SMKA,ASEAN dan debat Kemerdekaan lah ye....

0 comments: