BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 12, 2009

MOOT COURT

Pengalaman pertama kali di dalam moot court ( mahkamah main-main) begitu teruja rasanya. Maklumlah cita-cita nak jadi peguam tak tercapai. Tiba-tiba saja aku tercampak dalam bidang sains komputer ni.. Namun aku pasrah. Ada la hikmahnya tu.

Walaupun begitu, itu bukanlah tujuan asal aku menulis entri kali ni. Berbalik kepada hal moot court tadi. Aku dipelawa oleh Kak Yat untuk jadi saksi dalam kes tanah runtuh. Aku pun tanpa berfikir panjang terus saja bersetuju. Yalah bila laginya nak rasa peluang dalam moot court kan.

Mula-mula masuk tu rasa malu pun ada.Orang lain semua pakai baju hitam/putih, tapi aku? merah hati. Terkejut pensyarah Kak Yat tengok. Namun apabila diberitahu bahawa aku ni adalah saksi kes, maka aku pun "dibebaskan". Masa dalam tu berdebar jugak la tapi aku cuba tenagkan fikiran(cis gelabah je aku ni) Bila sampai giliran aku saja, aku pun cakaplah berdasarkan skrip yang telah disediakan. Berdasarkan pemerharian dan pengalaman aku ni, aku rasa berdebat lagi happening.Kenapa aku berkata demikian?:

1. Suasana perdebatan lebih agresif berbanding dalam moot court
2. Dalam perdebatan ada sesi celahan(boleh matikan hujah pihak lawan kalau pencelah tu hebat) tapi dalam moot court ada soalan balas
3. Dalam berdebat, dapat memberikan hujah yang bernas berdasarkan pengetahuan yang ada namun dalam moot court lebih kepada soal siasat saksi/plaintif/defenden(yalah nama pun mahkamah, apa daaa)
4. Dalam berdebat boleh "lahar-melahar" pihak lawan.Dalam moot court ada etika yang perlu dipatuhi
5. Humor dapat menjadikan sesebuah perdebatan lebih menarik tapi dalam moot court humor adalah tidak baik.

Walaubagaimanapun aku dapat merasai pengalaman baru malam tadi.Seronok rasanya tambahan pula dapat berkenalan dengan orang baru. Acara yang paling best lepas tu bila Kak Yat and the gang belanja aku dengan abang Ihsan makam kat Adam.Hahaha.Habuan kami tolong ,mereka jadi saksi.Ni yang masyuk ni. Kalau macam tu, bila-bila Kak Yat suruh jadi saksi takde hal punyalah.Hahaha

notes: ada muka seseorang tu macam "seseorang"

2 comments:

anis said...

peh..bkn stkat jdi debater yg hebat,malah skang da pndai jd saksi lakk..kagum2..hehe
teruskan pencapaian anda..kih3

chickyo said...

haha...saksi yang dibayar...