BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 30, 2009

BAHANG TEKANAN KIAN TERASA.....

Bahang tekanan final exam kian terasa.
Hampir membakar tubuhku yang tidak berdosa.
Bantulah aku Yang Maha Esa.
Permudahkan aku untuk jawab periksa.

Banyak subjek tak cover lagi.
Mula gelabah teketar gigi.
Selagi masa ada lagi.
Teruskan study sampai ke pagi.

Memang dah menggelabah gila dah ni oiiii!!!!!

Wednesday, March 25, 2009

DOAKU UNTUKMU

Doaku untukmu
Semoga dirimu akan berubah
Walaupun kamu kata kamu susah nak berubah
Tapi kamu mesti berubah demi kebaikan diri sendiri

Doaku untukmu
Agar tiada lagi insan lain yang terlibat dengan perkara itu
Sudah-sudahlah dengan apa yang berlaku
Jangan menyesal di kemudian hari

Tuesday, March 24, 2009

FINAL EXAM

Final exam dah makin dekat.Ada lagi lebih kurang 2 minggu saja lagi.
Tapi kepala otak aku ni kosong je lagi.
Banyak lagi subjek yang aku tak cover lagi.
Dah la syllabus untuk subjek sem ni banyak yang tak habis lagi.
Semua ni menyebabkan aku tertekan dan ketakutan.
Aku tak nak result sem ni jatuh.
Kalau boleh biarlah result aku meningkat dari sem ke sem.
Carry mark aku pun tak tau lah macam mana.
Teruskan study wahai izati.
Pastikan mood study tidak terganggu demi memastikan kejayaan mu sem ini

p/s/:Aku berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku.Berikanlah kejayaan dalam segala apa yang aku lakukan.Amin

Monday, March 23, 2009

YA ALLAH YA TUHANKU...

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau tunjukilah aku jalan yang kau redhoi
Kau jauhilah aku jalan yang kau murkai
Kau dekatkanlah aku jalan yang kau sukai

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau berilah aku kekuatan dalam melawan nafsu dan hasutan syaitan
Kau berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi dugaan
Kau berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi cabaran
Kau berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi kekecewaan
Agar aku tenang menerima segala suratan
Moga aku menjadi hambamu yang beriman
Amin ya Robbal alamin

Tuesday, March 17, 2009

AL KISAH DR IDZU...

Malam semalam aku dengan member aku buka la utube.Kan sekarang tengah kecoh perihal penyanyi nasyid yang jadi pondan.Dr Idzuan kumpulan Saujana. Mula mula tengok tu memang terkejut beruk jugak la aku and the gang. Memang dasyat. Totally different tapi masih boleh cam la muka dia sebelum bertukar jadi pondan tu. Kawan aku yang memang peminat doktor, lepas tengok utube tu terus sentap tak boleh nak study.Padahal esok tu ada 2 test. Begitulah hebatnya penangan perubahan doktor. Masa audition Malaysian Idol tu, aku dengar suara doktor dah lain.Tak sedap. Adakah sebab sudah lebih 3 tahun tak menyanyi atau disebabkan perubahan telah bertukar pondan maka suara doktor tu pun berubah? Entah la aku pun tak pasti.

Tapi aku tak nak la komen banyak lagi pasal perubahan tu. Cuma aku rasa sangat sedih la sebabnya kumpulan Saujana ni antara kumpulan nasyid yang aku respect la sebabnya semua ahli kumpulan tu pandai-pandai belaka.Ada doktor, engineer dan sebagainya. Tapi bagi aku mesti ada sebab Dr tu berubah sampai macam tu sekali kan. Hanya tuan empunya badan saja yang tahu jawapannya. Banyak orang sedang mengutuk dan mengata dr tu sekarang ni. Tapi aku rasa tak baik la kita terus mengutuk dan mengata dan menghukum si doktor tu. Tu bukan jalan penyelesaiannya. Tapi sebagai saudara seagama kita hanya boleh menasihati serta berdoa agar doktor kembali ke pangkal jalan. Kalau kita yang tiada apa-apa hubungan dengan doktor tu pun dah rasa sedih dan kecewa, bayangkanlah perasaan keluarga, kawan-kawan dan cikgu-cikgu doktor, mesti lagi sedih kan?

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua dan tunjukkan kita semua jalan yang benar
p/s: Dah ramai lelaki di IPTA/S yang jadi lembut. Apakah disebabkan ramai perempuan di IPT maka lelaki-lelaki ini pun bertukar jadi perempuan?

Sunday, March 15, 2009

TAK SANGKA....

Aku selalu jugak buka blog sorang mamat ni.Best baca entri yang ditulis. Boleh buat hidup aku ceria.Kadang-kadang aku boleh gelak sorang-sorang bila baca blog mamat ni.Pastu kawan-kawan aku pun akan cop aku ni gila sebab gelak sorang-sorang.WHATEVER LA MY PREN....

Tapi yang aku tak sangkanya ,aku pernah jumpak mamat ni face to face.Nampak macam sopan je.Boleh kata macam mamat skema jugak la.Tapi dalam blog die boleh tahan jugak la.Dengan ayat-ayat yang digunakan dan ilham yang dizahirkan dalam blog ni. Tak sangka pulak aku mamat ni macam ni.

p/s: Don't judge book by its cover

Thursday, March 12, 2009

MOOT COURT

Pengalaman pertama kali di dalam moot court ( mahkamah main-main) begitu teruja rasanya. Maklumlah cita-cita nak jadi peguam tak tercapai. Tiba-tiba saja aku tercampak dalam bidang sains komputer ni.. Namun aku pasrah. Ada la hikmahnya tu.

Walaupun begitu, itu bukanlah tujuan asal aku menulis entri kali ni. Berbalik kepada hal moot court tadi. Aku dipelawa oleh Kak Yat untuk jadi saksi dalam kes tanah runtuh. Aku pun tanpa berfikir panjang terus saja bersetuju. Yalah bila laginya nak rasa peluang dalam moot court kan.

Mula-mula masuk tu rasa malu pun ada.Orang lain semua pakai baju hitam/putih, tapi aku? merah hati. Terkejut pensyarah Kak Yat tengok. Namun apabila diberitahu bahawa aku ni adalah saksi kes, maka aku pun "dibebaskan". Masa dalam tu berdebar jugak la tapi aku cuba tenagkan fikiran(cis gelabah je aku ni) Bila sampai giliran aku saja, aku pun cakaplah berdasarkan skrip yang telah disediakan. Berdasarkan pemerharian dan pengalaman aku ni, aku rasa berdebat lagi happening.Kenapa aku berkata demikian?:

1. Suasana perdebatan lebih agresif berbanding dalam moot court
2. Dalam perdebatan ada sesi celahan(boleh matikan hujah pihak lawan kalau pencelah tu hebat) tapi dalam moot court ada soalan balas
3. Dalam berdebat, dapat memberikan hujah yang bernas berdasarkan pengetahuan yang ada namun dalam moot court lebih kepada soal siasat saksi/plaintif/defenden(yalah nama pun mahkamah, apa daaa)
4. Dalam berdebat boleh "lahar-melahar" pihak lawan.Dalam moot court ada etika yang perlu dipatuhi
5. Humor dapat menjadikan sesebuah perdebatan lebih menarik tapi dalam moot court humor adalah tidak baik.

Walaubagaimanapun aku dapat merasai pengalaman baru malam tadi.Seronok rasanya tambahan pula dapat berkenalan dengan orang baru. Acara yang paling best lepas tu bila Kak Yat and the gang belanja aku dengan abang Ihsan makam kat Adam.Hahaha.Habuan kami tolong ,mereka jadi saksi.Ni yang masyuk ni. Kalau macam tu, bila-bila Kak Yat suruh jadi saksi takde hal punyalah.Hahaha

notes: ada muka seseorang tu macam "seseorang"

Tuesday, March 10, 2009

I'M NOT ALWAYS RIGHT, BUT I'M NEVER WRONG

I'M NOT ALWAYS RIGHT, BUT I'M NEVER WRONG....Aku tak suka dengan frasa ni. Bagi aku, maksudnya sama sahaja. Merujuk kepada perasaan "tinggi diri". Tapi mungkin cara yang disampaikan adalah cara yang lembut.Frasa "i'm not always right", aku terima. Tapi yang menjadi kontroversi bagi aku pada frasa "I'm never wrong". Mana mungkin sebagai seorang manusia kita tidak pernah melakukan kesilapan. Kita bukan nabi, seorang yang maksum, namun kita adalah manusia yang diciptakan oleh Allah dengan mempunyai 2 ciri unik yang tiada pada makhluk lain iaitu akal dan nafsu.Akal jika tidak digunakan dengan baik, didorong pula nafsu manusia, sudah tentu teruk jadinya. Tidak dinafikan dalam dunia ini wujud manusia yang selalu merasakan dirinya sudah cukup hebat. Sehinggakan kadang-kadang mereka tidak akan mengaku akan kesalahan mereka walaupun sudah terang "tang-tang" dia bersalah.(Aku harap aku bukan dalam kategori tersebut). Renungkanlah, agar kita tidak menjadi seorang yang sombomg dan anggap diri kita bagus. Sesungguhnya, sikap inilah yang menyebabkan kita tidak akan "kekal lama" dengan apa yang telah kita peroleh sekarang. Tetapi, sikap selalu ingin memperbaiki diri dan mengaggap dirinya masih banyak kekurangan dan ingin banyak belajar, inilah yang akam membawa sesorang itu menuju puncak.

p/s: (wahai sahabatku, sekiranya anda melihat diriku ini telah terpesong dari jalan yang lurus, maka tegurlah diri ini ( tapi biarlah dengan cara yang baik))

BENGKEL PENGURUSAN,TEKNIKAL DAN KEURUSETIAAN PENGANJURAN KEJOHANAN DEBAT

Tahniah buat pelapis-pelapis baru yang menyertai bengkel di Kalumpang yang lepas. Anda semua memang cepat belajar.Kami di barisan exco sangat kagum dengan anda semua kerana cepat belajar walaupun ada di kalangan anda yang tidak pernah terlibat dalam penganjuran debat.Tetapi sepanjang bengkel berlangsung, anda membuktikan bahawa anda adalah pelapis yang boleh diharapkan.Apatah lagi semasa simulasi penganjuran dijalankan, boleh dikatakan perfect.Aku bagi 95% buat anda semua.

Sebagai urusetia merangkap sebagai peserta juga, aku berasa bosan semasa sesi ice-breaking.Mungkin kerana modul yang digunakan dalam sesi itu sama sahaja seperti tahun lepas.Namun aktiviti explorace yang diadakan pada malam itu, memang telah mengubah mood aku kembali ceria.Apatah lagi semasa aktiviti merentas sungai tengah-tengah malam.Fuh, memang mencabar.Sejuk maa...air pula memang deras.Cuak jugak aku masa tu.Sebelum tu, kami semua kena makan telur mentah di check point terakhir.EEE... memang geli...tapi aku and the gang telah menggunakan taktik kotor.hahaha.Kami semua tidak makan telur tu, hanya pura- pura makan dan buat- buat nak termuntah.Padahal telur tu kami buang.Hahaa.Tak gamak aku nak telan telur mentah, kalau direbus separuh masak tak pela jugak.Sedap la sikit. Tapi ada jugak peserta yang sangat "jujur", makan telur mentah tu.Huhu.Caya la sama lu...

Harapnya pelapis-pelapis baru ni, dapar bekerjasama dengan baik dan kekalkan momentun anda semasa di bengkel hinggalah berakhir debat SMKA,ASEAN dan debat Kemerdekaan lah ye....

PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU

Aku tidak dapat menghadiri malam akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu hari Jumaat yang lepas kerana terpaksa menghadiri Kem Pengurusan,Teknikal dan Keurusetiaan Penganjuran Kejohanan Debat di Kalumpang. Sedih jugak sebab tak dapat nak tengok secara live hatta melalui televisyen pun tak dapat jugak.Huhu.Tapi berdasarkan berita yang disampaikan oleh seorang rakan, saudara Mohd Syamsul Salleh (UPM) telah memenangi kategori Nusantara. Tahniah buat beliau.Saya rasa rezeki saudara Syamsul memang murah.Berturut-turut kejayaan dicipta.Sudahlah johan Pertandingan Debat Diraja 08, dilantik pula menjadi YDP MPP UPM,menang pula Johan Kategori Nusantara untuk pidato antarabangsa kali ini.Memang saudara Syamsul kena buat sujud syukur nih.Apa pun, tahniah sekali lagi kerana menjulang nama Malaysia.Bila pula agaknya wakil dari USIM akan mewakili Malaysia untuk pidato antarabangsa ni?

Tuesday, March 3, 2009

ANTARA REALITI DAN FANTASI

Susah benar aku nak bangun pagi ni. Mungkin disebabkan penangan mimpi malam tadi. Bila dah bangun, mamai kejap, cuba menstabilkan otak ni sambil teringat- ingat mimpi tadi. Andai benar apa yang aku mimpikan malam tadi, akulah insan paling bahagia pada hari ini.Aku menerima sebuah puisi yang menyatakan kebenaran dan sebab dari tindakan yang telah di ambil oleh dia...Namun itu hanyalah sekadar mimpi, realitinya aku masih lagi ternanti- nanti sebuah kebenaran.Entah bila kesamaran ini akan berakhir.Aku pun tidak pasti....

Monday, March 2, 2009

PELAJAR UNIVERSITI DI MANILA BOGEL!!

Astaghfirullah....pelajar universiti di Manila telah berbogel sebagai tanda protes kerana kumpulan mereka dianggap samseng dan membantah yuran pengajian yang tinggi. Apa nak jadi dengan modal insan negara pada hari ini? Seharusnya sebagai modal insan kelas pertama, mereka tidak perlu untuk melakukan perbuatan BODOH tersebut hanya untuk memprotes tindakan sesetengah individu mahupun persatuan.Bukankah banyak lagi cara yang lebih intelektual dan aman selain berbogel di khalayak ramai.Memanglah mereka yang melakukan perkara itu bukan orang Islam(kalau orang Islam,memang aku sula mereka,huhu) tapi adakah relevan bahagian tubuh yang cukup unik itu didedahkan kepada orang ramai hanya sebagai tando protes?

p/s:sebagai pelajar universiti, tunjukkanlah kita mempunyai minda kelas pertama, bukan minda kelas ketiga