BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 25, 2009

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah tak kemana
Dimana kau berada kejayaan tak tiba dengan mudah

Kini standing in the eyes of the world (c/o_
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya - upaya
Engkau terunggul
Wajar standing in the eyes of the world

Harapan yang pernah terkulai layu
Kemabali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Kau memnghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Kalau nyanyi lagu ni je mesti memberi aku semangat untuk berjaya
so kalau sape2 yang down,nyanyilah lagu ini
INSYA ALLAH semangat akan timbul dalam diri anda
SELAMAT MENCUBA

KEMBARA SISWA FST 2009

Pada 20 hingg2 22 Februari yang lepas, aku bersama lebih kurang 27 orang sahabat aku telah mengembara ke selatan tanah air, Johor. Pengalaman pertama kali menjadi fasilitator sangat seronok rupanya.Ditambah lagi adik-asik kumpulan aku sporting dan aktif belaka.Aku sebenarnya sangat kagum dengan mereka sebabnya aku tidak pernah berjumpa dengan pelajar yang sebegini aktif.Kalau nak dibandingkan zaman masa aku sekolah dulu sangat lah berbeza dengan mereka ni.

Apa yang aku dapat konklusikan disini, KEMSIS ni banyak memberi aku inpu-input baru dan sesungguhnya aku sangat terharu dengan pujian dan feed back yang diberikan oleh adik-adik dan pihak sekolah terhadap program yang kami lakukan.

Kak zati takkan lupakan adik-adik SMKAJB sekalian!!!

Thursday, February 12, 2009

kedua - duanya aku suka

KEDUA - DUANYA AKU SUKA

Dengar cerita Debat Integriti kat UTM akan ditunda
wahh!!! baguslah..
sebabnya Debat Integriti tu clash dengan program Kembara Siswa FST di Johor Bahru
kalau debat tu ditunda boleh la aku pergi dua - dua program tu sebabnya kedua - dua aku suka.
Bukan bersikap tamak, tapi aku suka kedua - dua perkara tu kerana dapat memberi pengalaman baru disamping ilmu buat aku yang sedang mendambakan diri mencari ilmu
fuh..(ayat bapak baik punya)
hahaha
lagipun minggu depan ni jadual aku penuh sangat
pidato sains teknologi+watikah debat+kembara siswa FST+Debat Integriti+mid sem Networking+test Creative thinking= aku serabut!!!!

Tuesday, February 10, 2009

Dimana...disitu...

Dimana...disitu...

Dimana ada benci, disitu kita balas dengan sayang
Dimana ada hati yang terluka, disitu kita jadi penghiburnya
Dimana ada keraguan, disitu kita yang meyakinkan
Dimana ada putus asa, disitu kita menebar harapan
Dimana ada kesedihan, disitu kita berkongsi harapan
Dimana ada kegelapan, disitu kita membawa cahaya

Timbul persoalan???
Adakah aku mampu untuk menjadi insan seperti 'disitu'?
Atau hanya menjadi insan 'dimana'?

my first entry:)

haha (gelak bangga)
harapan aku nak ada blog sendiri akhirnya tercapai jua.
terima kasih kepada qish yang membantu aku untuk membuat blog ni.
mula - mula tu susah jugak sebabnya dah ada orang yang telah menggunakan email aku untuk buat blog ni.
entah sapelah budak tu(konpius)???

walaubagaimanapun xpelah sebabnya masalah dah selesai.
nasiblah budak tu tak pernah aktif tulis blog ni.jadi boleh la aku 'curi' balik harta aku yang budak tu ambil tu.

harapan aku semoga aku dapat berkongsi pengalaman dan cerita menarik dengan semua orang yang view blog aku ni.
okey chow dulu:)