BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

FIKIR-KIKIRKAN

KITA TAK DAPAT APA YANG KITA MAHU, TAPI KITA DAPAT APA YANG KITA PERLU

Kadang- kadang kita rasa hidup ni unfair sebab kita tak dapat apa yang kita nak.Lepas tu mula la menuding jari ke sana ke mari mencari salah orang lain.Tapi kita tak pernah terfikir, kenapa kita tak dapat apa yang kita mahu? Jawapannya mudah, sebab kita tak perlu apa yang kita mahu, tapi kita dapat apa yang kita perlu. Jadi lepas ni, kalau kita tak dapat apa yang kita nak (gilrfriend idaman,boyfriend yang menyayangi diri kita, duit setebal kamus dewan, harta bertimbun macam sampah kat tapak pelupusan o whatever) tak perlulah la sampai frust menonggeng.Tapi tak bermakna sekali kita cuba n tak berjaya, kita leh terus give up macam tu saja. Kita still perlu berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahu. Ingat! Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kita sendiri yang tak berubah. Lu pikir la sendiri!

Tuesday, July 28, 2009

AKU DAH PAHAM DAH

Aku takkan rasa menyesal lagi kalau apa-apa yang berlaku lepas ni
At least aku dah cuba...
And aku dah dapat jawapannya
Aku akan buka buku baru sekarang ni
Lupakan semua kenangan lalu
Let by gone be by gone
GOODBYE!

Monday, July 27, 2009

AHAD 26/7/2009 2PM

Aku telah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan secara percuma. Keputusan yang diperoleh mendapati
(1) BMI badan aku berada pada paras normal (21.7) walaupun berat badan telah naik sebanyak 3 kg (syukur alhamdulillah, baca ala-ala iklan bio aura)
(2) Kandungan lemak dalam badan (23.7%) juga berada pada tahap normal bagi perempuan iaitu antara 20 hingga 29.9% ( bole la bo....)
(3) Kandungan lemak dalam organ berada pada tahap 3.(kira ok la). Purata normal 1-9
(4) Kadar metabolisme dalam badan =1151 kalori
BMR yang normal =1200 kalori
Semakin tinggi BMR (>1200) semakin baik paras kesihatan
(dah agak dah, memang aku jenis lambat berpeluh, petanda metabolisme rendah).Macam mana eh nak tingkatkan metabolisme badan?any suggestion?
(5) Peratusan kepadatan otot=28%
Purata peratusan otot bagi perempuan
Normal=25.9 hingga 27.9
Tinggi=>28
Bermakna otot aku kuat dan mampu mengangkat benda berat.Fuyoh, ironwoman gak aku nih
(7) Tekanan darah=normal
(8) Paras gula dalam darah = LOW (sampai tak keluar bacaan kat alat pengukur tu)

Owh patut la aku selalu rasa nak pitam dan cepat letih.Ni ke puncanya....

Kesimpulannya, perlu lebih peka pada kesihatan dalam badan dan makan makanan tambahan demi kelestarian kesihatan diri.

Saturday, July 18, 2009

TERIMA KASIH TEMAN

Aku baru saja terbaca blog seorang teman.
Terharu rasa hati dengan penulisan teman ini.
Bukan sebab namaku disebut-sebut.
Tapi disebabkan ucapan terima kasih yang diberikan untukku.
Sesungguhnya teman yang baik tidak akan melupakan rakan sendiri.
Tanpa mengira dalam keadaan susah atau senang.
Terima kasih teman!!!!