BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 11, 2009

MUHASABAH DIRI

Adakala kesalahan itu
membuatkan seseorang itu membaiki diri
Tidak pernah bersalah itu
boleh mendatangkan sombong diri
Itulah dia kesilapan yang tidak disedari

Tawadhuk bukan bererti lemah
Tegas itu bukan bererti kasar
Beralah itu bukan bererti kalah
Kalah itu bukan bererti salah
Menang itu bukan bererti benar

Thursday, August 6, 2009

DEBAT KEMERDEKAAN 2009

Kepada team USIM yang mewakili USIM sempena Debat Kemerdekaan 2009 ni,aku ucapkan semoga berjaya dan kekalkan prestasi semasa di Debat Alam Sekitar 2009 di UTP baru-baru ni.Aku doakan kita berjaya melangkah ke pusingan suku akhir, separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir di gelanggang sendiri. Kepada team penganjuran juga, buatkan yang terbaik untuk Debat Kemerdekaan kali ini. Naikkan nama USIM dengan berjaya mengendalikan debat ini dengan jayanya. Kepada pendebat-pendebat yang tidak mewakili USIM,teruskan sokongan anda kepada wakil kita dan berikan bantuan kepada pendebat-pendebat kita.Ma'aa taufiq wannajah

Monday, August 3, 2009

GAJI PERTAMAKU

Hoyeh!!! Hari ni aku dapat gajiku yang pertama.Gumbira rasa hati den.Wahaha.Walaupun tak seberapa nilainya (tak sampai 4 angka pun) tapi nikmat tu terasa sebab dapat duit tu dengan hasil titik peluh sendiri. Selama ni senang je aku pow duit mama ngan abah. Bila dah kerja ni baru tau bukan senang nak dapat duit sesen.Huhu... Caiyok zati! Pulun sket wat kerje nanti ye